Malaysia Dateline

Gamuda terima tawaran MOF Inc

Gamuda Bhd telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat syarikat.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MoF Inc menyatakan empat syarikat itu adalah Kesas Sdn Bhd (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart).

“Lembaga Pengarah Gamuda akan membuat pengumuman sewajarnya kelak selepas melalui pelbagai proses berkaitan yang membabitkan syarikat sekutu dan syarikat usaha sama berkenaan,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan telah membuat tawaran dengan harga RM6.2 bilion bagi mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol yang dapat menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangya RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi terbabit yang kepentingan utamanya dimiliki oleh Gamuda.- BERNAMA