Malaysia Dateline

Gangguan bekalan air 24 jam di Seremban, Tampin pada 8 Oktober

Sebahagian kawasan Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi, 8 Oktober depan, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail dalam kenyataan di sini berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi-Ngoi dan Gemas Baru.

Di daerah Seremban antara kawasan yang terjejas ialah seluruh kawasan Mantin, Lenggeng, Broga Pajam, Nilai Perdana, Mayang Sari, kawasan perumahan Kuarters KLIA, Kampung Jijan, Kampung Kubang, Kampung Tanjung, flat Pajam, Citra Hill Fasa 1 dan 2, industri Pajam, Nada Alam, Batang Benar, Rumah Rakyat Batang Benar, Apartment Bukit Inai dan Taman Dahlia.

Turut terlibat ialah Taman Melur, Sungai Mahang, Taman Semarak 1 dan 2, industri Semarak 2, kawasan perindustrian Nilai, Arab Malaysian Nilai 3, Nilai Impian, Taman Desa Jati, Nilai Spring, Pekan Nilai, Taman Ban Aik, Taman Rose Merah, Rumah Rakyat Nilai, Taman Desa Ria, Taman Desa Saga, Taman Teratai Nilai 7, industri Nilai 7, Bandar Baru Nilai, Taman Desa Indah, Impian Resident dan Desa Jasmin.

Beberapa kawasan lain ialah Desa Cempaka 1, 2 dan 3, Desa Kasurina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Desa Kasia, Desa College, Nilai Medical Centre, Desa Anggerik, Kota Sri Emas, Kampung Felda LBJ, kawasan industri Eco Park Enstek, Bandar Pendidikan Enstek, Gadong Jaya, Jalan Labu dari Batu 10 hingga 14, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Taman Dato Shahruddin, Kampung Pulau, Kampung Lambar, Kampung Batu 10 Labu, Felda Sendayan, Jimah Baru, Jimah Lama Port Dickson.

Gadong Fasa 1 hingga 4, Taman Gadong Putra, Kampung Gadong SC, Nusari Bayu, Hijayu, Bandar Sri Sendayan, Sendayan Indah dan Bukit Sendayan.

Di daerah Tampin pula ialah Kem Tentera Sirajuddin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Taman Semarak, Taman Sri Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning, Air Kuning Selatan/Kampung Mantai, Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Taman Molek dan Rumah Rakyat Gemas.

Turut terlibat ialah Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Gemas Setia, Taman Desa Bakti, Rumah Murah Gemas, Taman Damai Gemas, Kampung Sri Gemas, Taman Armani, Jalan Tok Sulong, Kampung Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Taman Gemas Indah, KTM Gemas, Taman Sungai Gemas, Kampung Ladang Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah dan Taman Halacara Baru.

Taman Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, kilang Pasir Besar, kilang getah Pasir Besar, pusat perniagaan Seri Mutiara, Taman Sri Mutiara, pusat perdagangan Mewah, Klinik Kesihatan Gemas, Taman Pahlawan, Taman Satria dan Taman Molek.

Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat selepas waktu yang dinyatakan.

“Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” katanya dan menambah pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. — BERNAMA