Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

BernamaJuly 25, 2019 12:02 pm




Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata pihaknya amat menghargai keprihatinan semua pengguna sepanjang pelaksanaan pemulihan bekalan ekoran insiden yang menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas.

Beliau berkata pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, operator-operator air dari negeri lain dan semua yang terlibat menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di lokasi terjejas.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami meminta semua pihak supaya bersama-sama menjaga sumber air dan menggunakan air dengan berhemah serta mengelakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, pencemaran diesel di Sungai Selangor mengakibatkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang dekat sini terpaksa dihenti tugas yang menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production