Malaysia Dateline

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di belakang kuil dekat Batu Arang.

Gantung diri selepas ditipu RM156,000 – Polis nasihat orang ramai buat semakan terhadap panggilan

Seorang lelaki berusia 43 tahun bertindak menggantung diri selepas wang simpanannya sebanyak RM156,000 lesap ditipu sindiket ‘Phone Scam’.

Mangsa ditemukan meninggal dunia tengah hari semalam di sebuah bangsal dalam kebun durian di Jalan Felcra Kerdau, di Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata siasatan awal mendapati mangsa diperdaya sindiket yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan mati mengejut.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menggelabah sekiranya menerima sebarang panggilan yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau dari mana-mana pihak.

Mohd Azhar berkata bagi mengelak terpedaya individu terbabit perlu membuat semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan membuat pertanyaan berkaitan kesalahan jenayah komersial melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222 atau menghubungi CCID scam response centre di talian 03-26101599/03-2610 1559,” katanya.

Baca juga ‘Hanya layak jawatan PM ke?’ – Veteran Umno ini tegur Mahiaddin