Gara-gara bantu ‘gelandangan’ popular, Ebit Liew dilabel penunggang agama?

Oleh KIM SYAZIE

Pendakwah bebas sensasi, Ebit Lew sekali lagi dihimpit kontroversi setelah membantu seorang janda yang berasal dari Indonesia.

Kononnya seorang gelandangan, Ebit telah menerbangkan wanita itu ke Malaysia untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Sebaliknya yang berlaku, pengguna media sosial malah mula sangsi dengan latar belakang wanita yang bernama Mondy itu.

Mengejutkan, wanita yang diberi gambaran seperti ‘gelandangan’ oleh Ebit Lew itu sebenarnya bukan datang dari golongan yang memerlukan.

Cukup popular di Indonesia, Mandy rupa-rupanya adalah seorang selebriti media sosial yang mempunyai 1 juta pengikut di akaun TikTok.

Menurut beberapa siri pendedahan di laman Twitter, Mandy juga pernah dijemput dan tampil dalam acara televisyen di negara asalnya.

Turut terkena tempias, ramai mula mempersoalkan keikhlasan pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu dalam menghulurkan bantuan.

Disifatkan sebagai penunggang agama, ada juga individu yang berpendapat bahawa konten ‘bantuan’ yang dikongsi Ebit itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestine, sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama untuk content?.

“Minta maaflah, aku bukan benci Ebit Liew, aku benci orang tunggang agama ni untuk meraih populariti,” ciap pengguna Twitter yang merasa tertipu.

Baca juga: “Setiap kali balik tak nak layan,” pekerja ‘offshore’ keliru isteri minta cerai, tuntut harta