Malaysia Dateline

Gara-gara bawa daging rendang, visa pelancongan lelaki ini dibatalkan bahkan didenda pula RM8,100

Gara-gara membawa daging rendang visa pelancongan lelaki bukan sahaja dibatalkan bahkan dia juga turut didenda RM8,100.

Niat lelaki terbabit untuk membawa masuk daging termasuk redang ketika Australia masih bergelumbang dengan penyakit kaki dan mulut dapat dihidu pihak berkuasa.

Lelaki yang berasal dari Indonesia itu turut didenda selepas pegawai keselamatan biosains yang menjalankan pemeriksaan beg pelancong di lapangan terbang dan menemui daging yang disorokkan lelaki terbabit.

Ketika pemeriksaan itu pihak berkuasa menemui daging itik seberat 3.1 kilogram (kg), rendang daging lembu (1.4 kg), selain 500 gram (g) daging lembu beku, termasuk 900 gram organ dalaman ayam.

Malangnya, lelaki terbabit tidak mengisytiharkan barangan yang dibawa dalam kad deklarasi pelancong sebaik tiba di negara berkenaan.

Semua daging yang dibawanya itu akan akan dijual kepada rakan senegaranya sebaik tiba di negara berkenaan.

Pihak berkuasa kemudiannya membatalkan visa pelancong lelaki terbabit yang kemudiannya memerlukan dia kembali semula ke negara asal.

Lelaki terbabit turut dikenakan denda sebanyak 2,664 dolar Australia (kira-kira RM8,100).

Menerusi kad deklarasi itu, pelancong perlu mengisytiharkan sama ada mereka turut membawa daging, ikan, hidupan laut, telur, produk tenusu, buah atau sayur ke Australia.

Baca juga: Pertahankan Kuala Selangor, Dr Dzul teruskan tradisi memperhambakan diri, menyantuni dan membela rakyat