Gara-gara disaman tak pakai helmet, pakcik berserban berdoa tengah jalan raya mohon polis trafik diazab Allah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki tua tular di media sosial selepas dilihat berdoa di tengah-tengah jalan raya yang sibuk hanya kerana tidak mahu terima dirinya disaman polis trafik.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Indonesia, lapor portal dari negara itu.

Lelaki tersebut dikatakan telah disaman kerana tidak memakai helmet selain tidak membawa lesen motosikal.

Dalam video tersebut, lelaki yang berserban dan berjubah selamba membentangkan kain seperti sejadah, lalu bersujud berhampiran anggota polis trafik berkenaan.

Bahkan dia mendoakan agar anggota polis itu diberikan hidayah sekaligus azab.

“Selain itu, pengendara tersebut juga tidak membawa surat-surat kendaraan dan surat Izin Mengemudi (SIM).

“Dalam doanya dia meminta Allah agar memberikan azab pada petugas tersebut,” lapor Acheh.Tribunnes.

Sebelumnya, polis trafik tersebut dikatakan sedang melakukan pemeriksaan trafik. 

Baca juga: Lelaki jadi bapa tiri sahabat sendiri, temui jodoh dengan wanita 20 tahun lebih tua