Gara-gara jual menu yang sama nasi lemak, peniaga gerai tepi jalan bertengkar- ‘Aku tak nak nasi lemak ini ada esok’

Oleh NASUHA RAHMAN

Tular satu video di mana seorang makcik menjual nasi lemak di tepi jalan dikatakan berlagak seperti kak long kawasan apabila bertindak menyerang peniaga yang turut menjual nasi lemak berhampiran gerainya.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur di mana peniaga seorang lelaki dan wanita dimarahi dipercayai meniaga menu yang sama iaitu nasi lemak.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang lelaki, skyeskey007 yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi situasi tegang yang telah dialami oleh kawannya dengan makcik terbabit.

Perkara itu menjadi isu dan kedua rakan peniaga itu kelihatan tidak berpuas hati dan menyuruh kawannya untuk segera berhenti menjual Nasi Lemak di situ.

Meskipun mereka cuba berbincang dengan tenang dan percaya bahawa setiap orang pasti mempunyai rezeki masing-masing, makcik itu tetap tidak ingin berlembut.

Penat berdebat dengan mereka, kawannya akhirnya mengalah dan buat keputusan untuk menutup gerainya. Kedua-dua mereka juga kelihatan tidak kisah dengan keputusan tersebut.

“Dah lah acik, baliklah kedai acik! Saya tak kacau acik pun! Jangan macam ni, rezeki Allah masing-masing! Acik jangan buat macam ni, tak baik tau acik? Saya datang acik terus tengking-tengking kenapa cik?”, jerit kawannya yang jelas tertekan dengan situasi itu.

Lelaki yang menemani mak cik itu bagaimanapun hanya menegaskan bahawa gerai kawannya perlu menjual produk lain.

Seorang lagi lelaki yang ada di situ cuba menjelaskan situasi bagaimana gerai ini boleh menjual Nasi Lemak atas permintaan pelanggan.

“Tak ada. Tak ada, jangan tipu. Tak ada customer mintak. Jangan bagi alasan yang customer mintak. Aku bukak pukul lapan lebih dan aku tak nak Nasi Lemak ini ada esok. Awak nak meniaga pun lantak kau la!”, tegas mak cik itu.

Mendengar jawapan mak cik itu, kawannya semakin marah dan menekankan bahawa dia tidak mengganggu sesiapa pun sepanjang dia meniaga di situ.

Bila cuba menjelaskan, kedua-dua saingan itu berdalik dan cuba menuduh wanita itu berkasar dengan mereka.

Pergaduhan mereka menjadi tegang dan tergantung apabila lelaki yang cuba menjernihkan keadaan meninggikan suara.

Baca juga: Mahu tebus kesilapan langkah politik, penyandang DUN Titi Serong umum tidak bertanding PRU15 beri laluan pada calon PH

Baca juga: Air pasang besar di Kedah, air laut cecah tinggi 2.92 meter