Kes sondol menyondol ini bukan sahaja terjadi di Malaysia tapi di seluruh dunia, tapi dekat sini siap bangga lagi berjaya rampas suami orang.
Tapi kalau dah nama pun menyondol mesti satu hari nanti kantoi juga, lagi teruk jika satu negara tahu perihal tersebut.
Seorang wanita kelahiran Ukraine menerima nasib malang selepas kantoi mempunyai hubungan sulit bersama suami orang.
Kes tersebut menyebabkan gelarannya sebagai ratu cantik, Miss Japan ditarik balik, lapor Mothership.
Baru berusia 26 tahun, Karolina Shiino dinobatkan sebagai Miss Japan pada 22 Januari lalu namun kemenangannya mencetuskan kontroversi.
Ini berikutan ibu bapanya dikatakan berketurunan Ukraine dan bukan berdarah Jepun hingga menimbulkan persoalan rakyat negara itu.
Kantoi bercinta dengan doktor
Tidak hanya itu, satu majalah di Jepun kemudian membongkar bahawa Shiino menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor yang telah berkahwin.
Pada awalnya kenyataan tersebut disangkal penganjur pertandingan ratu cantik kerana Shiino dikatakan tidak mengetahui status teman lelakinya.
Namun selepas mengetahui kebenaran, Shiino didakwa tetap meneruskan hubungan dengan kekasihnya itu.
Disebabkan itu pihak penganjur mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menerima permintaan Shiino untuk melepaskan gelaran yang dia menangi.
Shiino turut membuat permohonan maaf kepada peminatnya usai kontroversi yang melanda dirinya.
“Saya memohon maaf atas masalah yang timbul dan kerana mengkhianati mereka yang menyokong saya,” katanya.
Baca juga: Tak mahu aset jadi pengukur kejayaaan, Shila Amzah selesa tinggal di rumah kecil