Malaysia Dateline

Gara-gara komen nak ganti Justin Bieber nyanyi, Iqbal Zulkefli dihina netizen

Gara-gara meninggalkan komen mahu mengganti Justin Bieber menyanyi di Malaysia di ruangan komen facebook portal hiburan Iqbal Zulkefli dihina netizen.

Iqbal secara sukarela memberitahu yang dia sedia untuk menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia.

“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal.

Ekoran itu, para netizen rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan Iqbal sehingga menimbulkan ejekan dan hinaan terhadap beliau.

Gara-gara tinggal komen nak ganti Justine Biber nyanyi, Iqbal Zulkefli dihina netizen
Justin mengesahkan beliau diserang sindrom Ramsay Hunt

Untuk makluman Iqbal Zulkefli pernah menyertai acara Biq Stage bagaimanapun ramai termasuk juri mengatakan beliau tidak berbakat dalam bidang nyanyian.

“Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.”

“Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribut petir kat sini.”

“Takut takda orang hadir ke konsert Iqbal.”

“Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpendam, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu,”komen netizen.

Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber mengakui kini sedang menghidap sindrom Ramsay Hunt menyebabkan beberapa konsert yang akan diadakan akan ditunda.

Keputusan Justin untuk menunda konsert jelajahnya di beberapa buah bandar dan hal itu sekali gus mengejutkan ramai peminat di Malaysia.

Untuk informasi, sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air.

Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda