Kebanyakan selebriti zaman kini walaupun tidak mengenakan tudung, ramai sudah mula menjada cara pemakaian kepada yang lebih longgar.
Samalah dengan pengacara, Daphne Iking yang memilih untuk kekal berpakaian sopan walaupun tidak memakai tudung dengan sempurna.
Menerusi hantaran di Instagram, Azmi Abdul Rahman memaklumkan ada menerima mesej di sosial media mengenai peminat yang mengugut untuk ‘unfollow’ Daphne.
“Baru-baru ini, Daphne dapat banyak ‘direct message’ daripada orang tak berpendidikan yang menyatakan mereka ‘unfollow’ sebab gaya pemakaian yang berbeza.
“Bagus! Bukan boleh bawa masuk dalam kubur pun ada pengikut banyak ni,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Block follower yang menyakitkan hati
Pada masa sama dia memaklumkan sudah menyekat semua akaun yang mempunyai potensi untuk menyakitkan hati isterinya.
“Aku dah sekat semua akaun yang terpaling ‘hebat’ sebelum di komen kata kesat yang boleh sebabkan isteri aku terluka.
“Hati-hati aku memang jaga dan ‘report’ semua mesej ini sebagai ‘hate speech’,” tambahnya.
Dalam pada itu, Azmi menyatakan apa sahaja gaya yang dipilih isterinya seharusnya tidak diperkatakan kerana itu adalah keputusan Daphne sendiri.
“Tak kisahlah apa sekalipun gaya dipilih, potong rambut, topi senget ke, asalkan hati dia tetap baik, perangai sopan dan profesional sebagai pengacara.
“Maka tak perlu tertekan lebih dengan penampilan atau mentertawakan dia kerana pada akhirnya dia tetap gembira,” ujarnya.