Malaysia Dateline

Gasak sampai tersungkur (GST) untuk rakyat yang terhimpit sejak COVID-19

Kegagalan Kerajaan menangani kenaikkan harga barang makanan cara menyeluruh amat membimbangkan dan mengecewakan kerana mereka begitu lembab dan tidak fokus atas isu yang begitu kritikal untuk rakyat.

Menurut bekas Menteri Kewangan yang amat berpengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah, kejatuhan ringgit yang mungkin akan mencecah tahap RM5.50 berbanding dollar Amerika menjelang akhir tahun ini, dan dengan Malaysia yang hanya mempunyai bekalan makanan untuk dua bulan berbanding tujuh puluh dua bulan ( 6 tahun) untuk Singapura, kita akan berdepan masalah ekonomi serta sosial yang amat serius.

Apabila harga ayam mulai naik pada awal bulan Ramadan, penguatkuasa kerajaan mengenakan kompaun serta merta RM500 seorang keatas peniaga peniaga kecil ayam di Pasar di Kuala Terengganu tanpa memgambil apa apa siasatan terperinci keatas pembekal besar utama yang menentukan harga kepada peniaga kecil pasar.

Pembekal utama pula menunggu bantuan dari kerajaan.

Ini merupakan tindakan tidak berkesan menghukum ikan bilis tanpa usaha untuk menyelesaikan masalah pada peringkat puncanya serta perkara pokoknya..

Lebih mendukacitakan, hanya sekarang Perdana Menteri mengumumkan kajian keatas pembekal utama akan di buat pada bulan Jun.

Gasak sampai tersungkur (GST) untuk rakyat yang terhimpit sejak COVID-19
Najib Tun Razak sokong GST dikembalikan

Hal ini memperlihatkan betapa lembab dan lemah kerajaan hari ini bertindak, Perdana Menteri dan menteri-menteri masih sibuk keluar negara selepas raya sementara negara menghadapi krisis harga barang yang melambung tinggi sehingga rakyat sengsara akibat kos makanan meningkat secara tidak terkawal.

Perdana Menteri, Ismail Sabri telah ke Amerika Syarikat untuk bergaya berdamping dengan Presiden Amerika sementara rakyat resah bergelut dengan kos kenaikan barang makanan mendadak dan kos sara hidup lain.

Perdana Menteri membuka mulut luas melaung untuk mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama rantau ASEAN sementara memekakkan telinga rintihan suara rakyat kos harga barang makan terus naik dan rakyat mengikat perut.

Menteri-menteri pula ada yang sibuk keluar negara kononnya memperjuangkan isu negara tetapi dalam masa yang sama ada yang merancang melompat bertukar parti politik lagi untuk kepentingan politik peribadi.

Apabila kerajaan yang lemah serta ketandusan idea terus diasak rakyat untuk memulih ekonomi, Perdana Menteri kini mencadangkan satu lagi langkah yang akan lebih memudaratkan rakyat dengan mengambil jalan mudah untuk menambah cukai terhadap rakyat.

GST, cukai yang telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, dicadang untuk dikembalikan bagi menambah bebanan dan penderitaan rakyat. Ini mengesahkan kerajaan bankrup idea kreatif untuk mentadbir negara dengan baik.

GST yang dicadangkan akan dikenali rakyat sebagai tindakan- “Gasak Sampai Tersungkur” (GST) rakyat yang sudah di himpit berbagai masalah ekonomi sejak wabak COVID lagi.

Ini ibarat rakyat yang sudah jatuh akan di timpa tangga pula .

Inilah pemimpin lemah Malaysia yang kita miliki hari ini. Negara di ambang kerosakkan yang padah kita akan alami sekiranya tindak tanduk sebegini dikekalkan.

Dahulu pernah dikatakan kepentingan rakyat di dahulukan oleh kerajaan. Hari ini hanya nafsu serta agenda politik yang diutamakan.

Nampak gaya rakyat sekali lagi akan di “Gasak Sampai Tersungkur” (GST) oleh kerajaan Cap Ayam ini.