Malaysia Dateline

‘Gatal’ buat gangguan seksual, lelaki tular akhirnya ditangkap

Seorang lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita akhirnya ditangkap polis semalam selepas tular video kejadian itu di Twitter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 8.17 malam, kelmarin.

Menurutnya, seorang wanita tempatan yang telah menerima gangguan seksual dari seorang lelaki tidak dikenali membuat laporan tersebut.

“Dalam pada itu, siasatan pihak polis turut mengesan satu video berdurasi 14 saat yang mempunyai kaitan dengan laporan tersebut telah tular di media sosial.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya memberkas seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut, petang tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susulan penangkapan kira-kira pukul 5 petang itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, hari ini.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, tular di media sosial beberapa klip video seorang wanita merekodkan seorang lelaki yang telah menganggunya secara seksual di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Baca juga Mampu hantar wang simpanan RM800,000: ‘Ada yang tak kena kalau gaji dia lebih RM5,000 sebulan’

Baca juga Tunggang e-skuter hampir 100 kilometer sejam, lesen lelaki ini digantung