‘Gedebe’ Takiyuddin dah habis ke?

Oleh NASUHA RAHMAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dikecam rakyat ekoran dikatakan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kenyataannya mempertikaikan titah Agong yang tidak memaklumkan tarikh sidang parlimen.

Namun hari ini, menteri terbabit pula mengumumkan parlimen akan bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar mempersoalkan adakah ‘gedebe’ Takiyuddin sudah habis kerana sebelum ini beliau penuh ego memberi respons terhadap kenyataan Agong.

“Dah habis gedebe?

“Menteri JPM Undang-Undang Takiyuddin Hassan rupa-rupanya “gedebe” beberapa hari ini.

“Sebelum ini bukan main lagi melalak penuh egois mengatakan Yang di-Pertuan Agong tidak menyebut tarikh dan masa agar parlimen bersidang.

“Hari ini dia umumkan yang parlimen akan bersidang sebelum 1 Oogos,” katanya melalui Facebook.

Sayuti menasihati Takiyuddin agar jangan terlalu sombong dan hendaklah bercakap atas dasar prinsip undang-undang dan tahu menghormati orang lain.

“Guana (macam mana) dah dapat tarikh daripada Agong ke?

“Sebab itu kita ni, jangan manggak (sombong) sangat. Bercakap dan ‘berkeceklah’ atas prinsip undang-undang dan reti menghormati orang lain juga.

“Jangan bila kita dah jadi Menteri, terlengak-lengak macam kuba rabit,” katanya dalam loghat Kelantan.

“Perkara dan perangai tak senonoh, dangkal dan otak kemetot serahkan kepada Nik Abduh sudahlah. Kata orang biarlah ada hak otak penuh sikit tertinggal dalam Pas untuk dijadikan ubat.

“Jangan kepala dah rabit, habis semua perut, pinggang, lulut dan kaki ikut rabit dan buruk sama. Trims,” ujarnya lagi.

Hari ini, Takiyuddin dalam kenyataan memberitahu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021.