Malaysia Dateline

Gelagat budak lelaki teruskan main bola tak hirau rakan tengah sakit buat ramai gelak besar

Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling manis, lebih-lebih lagi bermain pada waktu petang yang menjadi salah satu aktiviti yang boleh dikatakan ‘wajib’.

Rakan sepermainan adalah sahabat-sahabat untuk kita bergurau senda, merajuk tetapi semua itu tidak simpan di hati kerana ‘keseronokan’ mengatasi segala-galanya.

Sama juga macam satu video tular baru-baru ini yang dimuat naik di TikTok dekone_bey menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak dalam keadaan hujan.

Bagaimanapun, seorang daripada rakan mereka dilihat seperti mengalami kecederaan ringan.

Apa yang menarik perhatian netizen, kawan-kawan yang lain dilihat membantu rakannya yang cedera itu, namun kanak-kanak itu hanya diletakkan di tepi dan mereka menyambung semula bermain bola sepak.

Member tak penting, game penting dari member haha!”

“Gol dulu, baru fikir member.”

“Pegawai perubatan takde ke? Hahahaha!,”

Setakat ini video itu mendapat 1.1 juta tontonan, 106,000 tanda suka dan 1,941 perkongsian.

Baca juga: Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun

Baca juga: Bekas Ketua Balai polis terima rasuah RM6,000 dari pusat hiburan yang langgar SOP PKP