Gelakkan orang beli pisang ‘online’, sekali kantoi pekerja kurier suka buka ‘parcel’ pelanggan

Oleh KIM SYAZIE

Gelagat seorang pekerja penghantaran kurier yang mentertawakan pelanggan kerana membeli pisang di atas talian tular di media sosial baru-baru ini.

Tidak bertanggungjawab, tindakan pekerja berkenaan dipersoalkan kerana sesuka hati membuka bungkusan pelanggan.

Difahamkan, pekerja tersebut bertugas di sebuah syarikat membeli belah atas talian yang turut menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Berdurasi sembilan saat, rakaman yang tular itu dimuat naik oleh seorang individu menerusi laman akaun Twitter miliknya.

“Kenapa buka parcel orang? Takkan parcel itu terkoyak? Adakah sesiapa yang tahu mengenai perkara ini?,” ciap individu itu.

https://twitter.com/twtbiy/status/1663524481904812032?s=46

Mengundang perasaan amarah, ramai yang berang dengan etika pekerja syarikat tersebut dalam menjalankan tugas.

Khuatir barang pesanan mereka hilang, pelanggan juga panas hati melihat pekerja dengan selamba membaling bungkusan pelanggan.

Parcel sampai rumah mesti ada yang terkoyak. Seolah mereka mencuba nasib nak intai barang apa dalam tu,” kongsi seorang pelanggan.

“Campak-campak bungkusan orang. Pastu kenapa buka parcel? Boleh bagi pencerahan kenapa perlu buka barang pelanggan.” Soal pengguna lain.

Menyita perhatian ramai, pihak Shopee Express kemudian tampil memohon maaf dan berjanji bakal menyiasat kejadian itu dengan lebih mendalam.

Baca juga: Koc mewah hanya di KTMB ke Hatyai lengkap pakej karaoke dengan harga RM12,000