Pemuda Amanah, ARiF Sabah edar makanan untuk gelandangan

Pemuda Amanah, ARiF Sabah edar makanan untuk gelandangan

 

Dengan tema Peduli Rakyat, Pemuda Amanah Sabah bersama ARiF kelmarin telah turun ke lapangan mengedarkan sejumlah 70 bungkus makanan kepada gelandangan di bandar Sandakan.

Makanan yang dibawa untuk disumbangkan kepada gelangdangan di Sandakan.Malah, makanan tersebut turut diedarkan kepada waris pesakit di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Sabah, Yunizam Yusop berkata, edaran makanan semalam adalah bertujuan membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Ramai gelandangan di bandar Sandakan ini. Kita berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan makanan pada hari ini, dan di masa-masa yang seterusnya,” katanya.

Ujar Yunizam yang juga Setiausaha ARiF Sabah, bantuan makanan yang diedarkan semalam adalah hasil sumbangan orang ramai yang selama ini banyak membantu masyarakat di Sandakan melalui Pemuda Amanah dan ARiF.

“Kami menerima sumbangan yang sangat banyak daripada orang ramai dalam bentuk barangan mentah seperti beras, gula, minyak, pakaian dan sebagainya.

Orang kurang bernasib baik yang hanya ditemani anjingnya ini juga mendapat sumbangan dari Pemuda Amanah Sabah.Mereka memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan sumbangan mereka.

“Justeru pada hari ini kami mengambil inisiatif memasak serta menyediakan bungkusan makanan dan minuman untuk diedarkan terus kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Anggota ARiF seramai 10 orang turut mengedarkan makanan kepada para waris pesakit yang tidur di kaki lima Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus menghubungi Yunizam Yusop, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Sabah ditalian: 014 833 3310

 

 

TAGS