Gelar bekas suami ‘arwah’, Rita Rudaini minta netizen henti sebut nama Aidil Zafuan

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon, Rita Rudaini berang apabila netizen tidak berhenti mengaitkan keluarganya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Menganggap Aidil sudah ‘tiada’. Rita bagai memberi gambaran bahawa pemain bola sepak kebangsaan itu tidak pernah berjasa di dalam hidupnya.

Rita juga enggan bersua muka lagi dengan bekas suaminya itu walaupun mereka berkongsi dua cahaya mata bersama.

Menurut Rita, hidupnya bersama dua orang anak lelakinya kini sudah cukup bahagia dan tenang tanpa kehadiran lelaki itu.

“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’, sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?. Adoi sudah-sudah la tu, korang pun. 

“Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang? Tak ada kan, 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. 

“Jadi, tak payah la, nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” katanya.

Pelakon yang berusia 47 tahun itu mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram ‘Story’ miliknya.

Hal ini kerana pengikut Instagram Rita tidak berhenti bertanya soal Aidil di ruangan komen gambar anaknya yang mengalami kecederaan.

Difahamkan, anaknya itu patah sebelah tangan dalam insiden yang berlaku pada hari pertama persekolahan sebaik selesai cuti Hari Raya.

Baca juga: Pas bantah Coldplay, netizen korek semula konsert 2022 semasa Pas dalam kerajaan