Gelombang anak muda tolak BN perlu diperkasakan

Abbas Azmi …dekati akar umbi.

Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Selangor, Abbas Azmi mengingatkan jentera pilihan raya di negeri itu memaksimumkan gerak kerja dalam tempoh tiga bulan pertama ini dengan menemui seramai mungkin pengundi khasnya anak muda.

Menurutnya, gelombang anak muda yang menolak Umno-BN sudah ada tetapi perlu giat digembleng bagi mengelak bakal pengundi keliru dengan pihak yang tidak komited memperjuangkan suara rakyat.

“Tugas Pemuda Pakatan Harapan untuk menggembleng kesedaran golongan belia untuk menumbangkan Umno-BN supaya dapat membuat keputusan yang betul.

“PRU-14 ini pastinya berlaku pertandingan tiga penjuru. Di Selangor ini, Pas pengacau besar untuk kita pertahankan kerajaan negeri sedia ada,” bidas Ketua Pemuda AMANAH Selangor berkenaan.

Ditanya tentang cabaran pertembungan tiga penjuru dan lebih di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti, Abbas berkata, rakyat tidaklah terlalu naif untuk membuat pilihan.

“Apa yang paling penting, kita mesti sampaikan mesej bahawa yang betul-betul perjuangkan rakyat adalah Pakatan Harapan.

“Perlu diakui, kita berada dalam negara demokrasi yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding termasuk Pas, PSM, Bebas dan Berjasa. Terbuka pada semua untuk meletakkan calon.

“Namun, permuafakatan politik antara parti pembangkang itu yang akan meyakinkan rakyat untuk mengambil alih kuasa daripada Umno-BN.

“Terbukti pada PRU 2008 lalu, ketika Khir Toyo memegang tampuk kuasa segala-galanya sebagai Menteri Besar tetapi Selangor akhirnya bukan lagi kubu Umno-BN lagi,” tambahnya lagi dipetik daripada akhbar Amanah, Edisi 84, 7 – 13 Januari 2018.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS