Gelombang perubahan kini juga melanda Kepala Batas

Sebagai seorang doktor pakar, Dr Zaidy mempunyai kelebihan ketika menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk  mereka yang kurang bernasib baik di Kuala Bekah.

Dengan gelombang perubahan yang bertiup di seluruh negara sekarang, Pakatan Harapan (PH) mampu membawa perubahan bagi Parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei nanti.

Gelombang itu dizahirkan dalam setiap program pimpinan PH, puluhan ribu datang untuk menyatakan sokongan mereka.

Ia pula dicampur dengan sentuhan dari calon PH di kawasan yang ditandingi, calon PH Parlimen Kepala Batas, Dr Zaidi Zakaria yakin pengundi beliau juga sudah sedia untuk membuat perubahan.

Sehingga ke hari ini boleh dikatakan ketiga-tiga Dun yang ada dibawah Parlimen Kepala Batas yang pernah diwakili bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu telah disantuni.

“Pelbagai aktiviti, program dan pendekatan yang dilaksanakan adalah memberi perhatian kepada semua golongan masyarakat.

“Kita tidak hanya memberi tumpuan kepada pengundi Melayu semata-mata,sebaliknya turut memberi perhatian kepada pengundi keturunan Cina, Inida dan sebagainya.

“Gerak kerja yang dilaksanakan lebih awal dan tersusun menampakkan adanya tindak balas yang memberi ruang kepada PH untuk memperolehi sokongan yang tidak dijangka, ” jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, rakyat berpendapatan rendah, golongan miskin dan marhaen tidak dikesampingkan dalam siri meneamui pengundi sejak begitu lama ia dilaksanakan.

Selain dari memberi perhatian kepada kenak-kanak dan remaja, kita turut menyantuni golongan wanita dan juga ibu tunggal.

“Sebaliknya tumpuan turut diberikan kepada warga emas dan mereka yang sakit serta melarat.

“Manakala mereka yang ditimpa musibah seperti kesakitan, kemalangan dan kecelakaan yang lain turut diberi perhatian serius, ” ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kegagalan Umno dan BN yang menerajui Kepala Batas sebelum ini membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai daya saing untuk menjaga kepentingan pengundi.

“Masih ramai antara penduduk dalam kawasan Parlimen ini yang tidak diberi pembelaan khususnya golongan yang miskin.

“Hanya dengan turun padang dan mendengar rintihan mereka, baharulah kita dapat menyelami keadaan sebenar penduduk terssbut.

“Ekoran itu PH mampu membawa perubahan pada kali ini di Kepala Batas melalui pelbagai tawaran yang ditawarkan, ”

Malah katanya, kemenangan yang diharapkan oleh Umno dan BN di Kepala Batas sekali lagi tidak mampu menjadi realiti lagi.

Tambahnya, PH boleh membawa perubahan menjelang PRU ke 14 melalui pelbagai tawaran yang terkandung dalam BUKU HARAPAN

Yang pasti katanya.kemenangan PH akan membawa pembaharuan dalam membela nasib rakyat melalui tawaran-tawaran yang telah disediakan pada kali ini.

7.0
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 7.5