Gelombang PH di kubu Umno, Muar dan Pasir Gudang

Tun Mahathir mengumumkan penggunaan logo PKR untuk semua parti dalam PH dalam PRU 14 ini.

 

Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Pasir Gudang dan Muar Johor hujung minggu lalu menanda sokongan terhadap PH amat tinggi di negeri yang tertubuhnya Umno itu.

Yang paling memeranjatkan adalah sambutan rakyat Johor terhadap JPH di Parit Jawa, Muar yang luar dari biasa.

Di majlis ini, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab satu persatu manifesto BN yang dibentangkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib RTazak yang dibuat pada petangnya.

Antaranya, Mahathir berkata, Najib hanya berjanji mahu utamakan wanita dalam manifestonya tetapi PH pergi jauh ke depan apabila akan melantik wanita sebagai timblan perdana menteri.

Pecah rekod apabila 70,000 ikuti siaran langsung JPH Muar.

Ia selaras dengan keputusan PH menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai TPM jika PH menang dalam PRU 14 nanti.

Sehari sebelum itu, Mahathir mengumumkan PH akan menggunakan satu logo sahaja iaitu logo PKR untuk ke empat-empat partinya termasuk DAP.

 

Orang ramai memenuhi Parit Jawa, Muar bagi menyertai Jelajah PH.

 

Bendera PKR dikibarkan oleh orang ramai apabila ia diumumkan akan digunakan sebagai logo bersama semua parti dalam PH.

Syed Sadiq diumumkan sebagai calon PH di Muar.

 

Syed Sadiq berselfie dengan pimpinan PH selepas diumumkan sebagai calon Muar.

 

 

9.5
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS