Gelombang PH landa Negeri Sembilan pula

Penyokong PH gembira mendengar ucapan dan kejayaan perhimpunan mereka malam tadi.

Gelombang sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) kini melanda Negeri Sembilan pula apabila ribuan penyokong berhimpun dalam program Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Johol malam tadi.

Ribuan penyokong menyertai JPH yang diketuai pengerusi PH, Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan lain-lain pemimpin kanan PH itu.

Sebelum ini sambutan yang sama diterima pemimpin PH di Kedah, Perlis, Johor dan Pahang.

Mengikut penganalisis, Kedah, Johor dan sebahagian besar Pahang kini memihak kepada PH jika dilihat kepada sokongan yang diberikan kepada perhimpunan yang mereka lakukan.

“Namun kita tunggu selepas penamaan calon nanti kerana faktor calon memainkan peranan yang besar terutama di kawasan bandar,” kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Berikut adalah gambar-gambar menarik perhimpunan di Johol, Negeri Sembilan malam tadi, 21 April 2018.

 

Pemandangan dari atas perhimpunan Jelajah PH malam tadi di Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Melayu, Cina dan India berhimpun dalam Jelajah Pakatan Harapan di Johol malam tadi.

 

Orang ramai memenuhi kerusi yang disedia di samping ada yang berdiri untuk mengikuti ucapan pimpinan PH.

 

Tun Dr Mahathir calon PM, Dr Wan Azizah calon TPM jika PH menang bersama pimpinan PH yang lain.

 

Mazlan Aliman dan Dr Mahathir , dua tokoh yang menjadi tumpuan apabila pengundi Felda menjadi topik perbincangan.

 

Tun Mahathir terus menjadi tumpuan perhimpunan. Dr Mahathir dikatakan menjadi aura PRU 14.

 

Ucapan Mohamad Sabu terus menjadi perhatian di setiap kali jelajah PH.

 

Hero peneroka, Mazlan Aliman menjadi tarikan perhimpunan malam tadi yang dibuat di sekeliling kawasan Felda.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 6.6
CATEGORIES
TAGS