Gelombang tsunami Melayu bimbangkan Umno

Wan Azizah melihat pameran sempena pelancaran Galeri Anwar Ibrahim di Cheruk Tok Kun.

Gelombang tsunami Melayu sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan Umno dan BN.

Malah dengan menyemaraknya kebangkitan ini Umno dan BN semakin bercelaru sehinggakan terpaksa mencipta pelbagai akta dan undang-undang baru.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui semasa majlis pecah tanah Galeri Dato Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pagi tadi.

Jelas beliau lagi, lautan manusia yang membanjiri beberapa siri ceramah Pakatan Harapan (PH) sebenarnya menggetarkan pimpinan Umno dan BN.

Beliau dipercayai merujuk kepada sambutan hangat kepada Jelajah Pakatan Harapan di Kedah kelmarin dan Perlis malam tadi yang menghimpunkan puluhan penyokong PH.

“Ekoran kebangkitan tsunami Melayu yang semakin ketara terhadap PH, kerajaan pimpinan Umno dan BN terpaksa mencari jalan untuk mengalihkan sokongan orang Melayu.

“Mereka mencipta pelbagai agenda perpecahan dengan cuba menakut-nakutkan orang Melayu melalui akta dan undang-undang yang direka cipta.

“Ini termasuklah Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar yang cuba mereka akseskan kepada pengamal media, ” ujarnya lagi.

Wan Azizah membuat upacara pecah tanah Galeri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut berkata, selain itu ancaman dan gertakan mereka tidak mampu menyokong sokongan rakyat terhadap PH.

“Biarpun mereka cuba meluluskan persempadanan semula bagi memastikan kemenangan kekal pada tangan mereka, sebaliknya rakyat semakin menyedari muslihat yang sedang berlaku.

“Semakin banyak dicipta akta dan undang-undang, semakin bercambah sokongan kepada PH.

“Yakinlah bahawa rekaan mereka untuk menang dengan bersekongkol bersama agensi kerajaan tidak akan mampu menyekat kemaraan rakyat, ” tegasnya.

Tambah beliau lagi, tsunami Melayu yang sedang dipertontonkan kepada Umno dan BN kini akan terus menjadi hakikat yang sebenar.

“Gelombang yang memberi harapan menggunung kepada rakyat itu amat menakutkan Umno dan BN.

“Ia bukan saja berlaku di utara, sebaliknya kebangkitan tsunami Melayu sudah mulai dirasai mampu menggugat Umno dan BN termasuk di seluruh negara.

“Tidak dapat dinafikan gelombang kebangkitan ini akan memberi kemenangan yang tidak dijangka kepada PH untuk menerajui kepimpinan kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang, ” katanya.

Turut hadir dalam majlis pecah tanah galeri tersebut ialah pimpinan PKR, AMANAH, Bersatu dan juga Dap.

 

7.7
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 6.5
CATEGORIES
TAGS