- Tunggu tremor berhenti, kira sampai 60 detik, baru keluar bangunan.
- Ketika gegaran berlaku, jangan berada di tepi tingkap, almari serta di bawah lampu chandelier.
- Bersujud sambil lindungi tengkuk dalam Triangle of Life di bawah meja. Triangle of Life ialah garisan imaginary yang membentuk segitiga dengan 2 sudut 45° berdasarkan salah satu tiang meja.
- Buat roll call untuk semua orang dalam bilik berkenaan. Umpukkan setiap orang dengan nombor. Usah buang masa mencari orang yang anda tidak pasti berada di dalam bilik itu atau tidak pasti masih hidup.
Laporkan mereka yang tidak diketahui lokasinya atau yang ditinggalkan di dalam bangunan kepada pasukan penyelamat.
- Turun tinggalkan bangunan melalui tangga sahaja. Ikut kiri. Sentuh dinding dengan belakang tangan untuk mencari arah. Gunakan bahagian sebelah kiri tangga untuk turun. Buat rantai manusia semasa menuruni tangga. Jangan gunakan lif.
Nota: Kalau pakai jam berjarum, lihat jam. Jam berhenti ketika gempa bumi berlaku. Ini pengalaman saya tahun 1993 dulu.
*HISHAMUDDIN ABDUL HALIM sudah empat kali merasai gempa bumi.