Malaysia Dateline

Gempa di Filipina tidak jejaskan rakyat Malaysia,kata Wisma Putra

Tiada sebarang laporan tentang rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi di Jose Abad Santos, selatan Filipina, semalam, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Laporan media menyebut gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada Ahad pagi.

Menurut Philippine Institute of Volcanology and Seismology (PHIVOLCS), tiada kerosakan besar dilaporkan tetapi gempa bumi itu dijangka mengakibatkan beberapa gempa susulan.

“Kementerian Luar memantau perkembangan berikutan gempa bumi itu,” menurut kenyataan kementerian berkenaan hari ini.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di Davao City.– BERNAMA