Malaysia Dateline

Generasi desak kerajaan PH beri keutamaan tiga tuntutan peneroka Felda

Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) hari ini menuntut kerajaan Pakatan Harapan menumpukan kepada tiga isu utama yang menghimpit peneroka Felda di negara ini.

Pengerusinya Roslan Md Esa berkata dengan kejatuhan harga sawit dipasaran dunia keadaan itu menjadi lebih kritikal kepada peneroka Felda

Roslan Md Esa menyerahkan memornadum kepada Danny Al Jeffery Abdullah (dua dari kiri)  wakil Menteri Hal Ehwal Ekonomi disaksikan Timbalan Presiden Pas  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain peneroka terpaksa menunggu bayaran hasil setiap bulan yang lamabt dan penghapusan hutan peneroka yang tidak munasabah seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan masih lagi gagal ditunaikan oleh kerajaan semasa.

“Kita minta kerajaan tetapkan harga lantai setan sawit pada RM350 tetapi hari ini kurang RM300 ini menyebabkan ramai peneroka terpaksan melakukan dua kerja untuk mencari pendapatan lain bagi menampung kehidupan.

“Kedua bayaran hasil yang sangat lambat dan kami sehingga kini tidak lagi menerima bayaran hasil untuk bulan November, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah pemerintahan BN.Kami merasakan hari ini situasinya lebih teruk dariapda kerajaan terdahulu dan semakin kritikal.

“Kami mendesak Kerajaan supaya bayaran hasil dapat dilunaskan 2 minggu sekali seperti dilaksanakan sebelum ini dan ia lebih selesa bagi peneroka.

“Ketiganya kami menuntut penghapusan hutang yang tidak munasabah yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan masih lagi tidak berlaku.

“Saya menganggapnya satu janji yang tidak ditepati selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan, tidak buat apa-apa. Tidak ada pelan bertindak berstrategi untuk menyelesaikan masalah peneroka,” ujarnya dalam sidang media di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Memorandum Generasi diserahkan kepada Danny Al Jeffery Abdullah wakil dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Memorandum sama turut diserahkan kepada Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yangmana anggota parlimen Pas turut hadir memberikan sokongan kepada peneroka Felda yang hadir diperkarangan  bangunan Parlimen hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi  Awnag (di tengah) turut hadir memberikan sokongan kepada Generasi menadakan demontrasi menuntut kerajaan PH menunaikan janji manifesto terhadap penghapusan hutang peneroka Felda.