‘Geng hobi mahal’ konvoi dekat jalan sempit, menyusahkan kenderaan lain nak potong

Oleh KIM SYAZIE

Bukan kali pertama geng hobi mahal ini membuat onar di atas jalan raya. Kebanyakannya langsung tidak menghiraukan keutamaan laluan untuk pengguna jalan raya seperti kereta dan motor, selain berbasikal di kawasan yang membahayakan keselamatan mereka.

Seperti perkongsian seorang pengguna media sosial, sekumpulan geng berbasikal dilihat selamba berkonvoi di sebuah jalan sempit dan berselekoh tanpa ada pengiring yang mengiringi mereka.

Mereka juga dilihat membentuk satu barisan panjang di jalan sempit berkenaan hingga menyukarkan kenderaan lain untuk memotong.

“Tengok geng-geng hobi mahal ni, macam manalah aku nak potong (memotong), sudahnya aku sekali kena ikut dari belakang.

“Sepatutnya kalau konvoi seramai ini perlu ada pengiringlah depan belakang. Ni macam le tour de Langkawi pula penyudahnya. Aku bawa kereta tak sampai 40 (kmh), korang ni dari mana dapat lesen ni.

“Macam mana aku nak potong macam ni. Kalau aku potong laju kome tengah-tengah juga duduknya. Tak berakal deme ni, awok motong kang tak lepas..sepanjang ini awok nak motong, bahaya. Aduh dah macam motong empat buah treler” ujarnya.

Lebih membahayakan, geng basikal ini juga terlihat berbasikal sebelah menyebelah menyebabkan sukar kenderaan lain melepasi mereka kerana bimbang berlanggar.

Rakaman yang tular itu kemudian menarik perhatian ramai dan mengundang kecaman kerana menyusahkan pihak lain.

Ada juga berkongsikan pengalaman sama, namun lebih teruk apabila ditunjukkan jari tengah oleh geng basikal kerana membunyikan hon kepada mereka.

“Aku penah kena bang. Aku dah lah penat balik kerja. Aku hon tak berhenti dekat seminit. Lepas aku dapat potong tu salah seorang geng dia tunjuk jari tengah kat aku bang,” komen pengguna TikTok.

“Aku pernah naik motor tahan geng ni minta dia orang parkir tepi dulu. Betapa gembiranya kereta-kereta belakang dapat lepaskan diri,” tulis yang lain pula.

Baca juga: Papan tanda lebuhraya SUKE telampau kecil akan diganti dengan yang baru selepas dikritik orang ramai

Baca juga: Pelajar IPT buat rumah macam pusat sampah, pemilik luah sebab inilah ramai trauma nak sewakan pada pelajar