Malaysia Dateline

Gerakkan petisyen bebaskan Najib, MB Perak gagal fahami fakta kes

Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Menteri Besar (MB) Perak tidak sepatutnya menggambarkan kepada rakyat Perak bahawa beliau membela perasuah berprofil tinggi yang telah disabitkan kesalahannya melalui proses undang-undang yang berjalan selama 4 tahun dari tahun 2018-2022.

Merujuk kepada kenyaatan Saarani yang dipetik sebagai berkata bahawa beliau bersimpati kepada Najb Razak mantan Perdana Menteri Malaysia yang didapati bersalah dakwaan rasuah RM42 juta dari dana SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Di atas alasan ini beliau dikatakan akan menggerakkan petisyen rayuan dari kalangan ahli Umno untuk diperkenankan sembah kepada YDPA bagi mendapat keampunan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku YDPA.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusoff Rawa kesal sikap beliau sebagai MB kepada rakyat Perak gagal memahami fakta kes yang dengan jelas dikaitkan dengan dakwaan kukuh salahguna kedudukan, pecah amanah dan penggubahan wang haram di mana dakwaan bermula sejak 4 July 2018.

Seramai 57 saksi dibawa oleh pendakwa yang prosidingnya berjalan selama 58 hari.

Gerakkan petisyen bebaskan Najib, MB Perak gagal fahami fakta kes

Manakala pembela menampilkan 19 saksi yang prosidingnya berjalan selama 33 hari.

28 July 2020 Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210juta keatas Najib Razak.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi pada 23 Ogos 2022 manakala sebelumnya Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 turut mengekalkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

“Apakah MB Perak ini bersimpati kepada salah guna kedudukan, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana rakyat yang kini terpaksa menderita dengan kes ini dan 1MDB?” soal beliau.

Kes SRC ini melibatkan salahguna kuasa Najib Razak pada tahun antara 2011 dan 2012 sebagai PM dan Menteri Kewangan yang meluluskan pinjaman KWAP(Kumpulan Wang Pencen) bernilai RM4 Bilion.

Najib Razak juga didapati bersalah kerana pecah amanah dengan dana rakyat SRC RM42 juta yang dimasukkan dalam akaun peribadinya dan kemudian dibelanjakan atas kepentingan dirinya.

Justeru katanya, jika inilah sikap MB yang mengheret rakyat menyokong perasuah yang terbukti ‘mencuri’ duit rakyat, warga Perak harus protes atas sikap ini dan ‘menghukum’ kerajaan BN Perak yang jelas gagal menunjukkan teladan dan sikap tegas menentang rasuah dan membentuk kerajaan yang ada maruah dan berintegriti.

Baca juga: Terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan tanpa kelulusan boleh didenda RM500,000

Baca juga: Konon mahu bergurau dengan rakan, remaja sedang tidur maut dalam kebakaran