Baru-baru ini, foto terbaharu pelakon jelita Fathia Latiff berbaju kurung menarik perhatian ramai warganet.
Menerusi hantaran foto tersebut, ramai yang menegur perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.
Sejak kebelakangan ini kerap juga terbaca kisah tentang perubahan wajah, macam-macam komen ‘seram’ dilemparkan netizen terhadapnya tanpa usul periksa.
Perkara itu normal memandangkan usia Fathia pun semakin meningkat, jadi memang akan berlaku perubahan pada wajah dan bentuk fizikalnya.
Barangkali geram kerana kerap dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tak berasas, Fathia menegaskan dia gembira dengan rupa parasnya ketika ini.
“Apa salahnya jika wajah saya kelihatan berbeza?
“Adakah anda pernah dengar tentang teknik solekan dan rawatan estetik? Saya gembira dengan penampilan saya ketika ini,” katanya.
Betul juga apa yang Fathia cakap. Teknik solekan dan rawatan estetik boleh membuatkan wajah seseorang nampak berbeza.
Baca juga: Netizen risau tengok pakaian artis Malaysia hadiri majlis, “kita betul-betul dah akhir zaman ni”