Satu gambar memaparkan surat amaran daripada pemilik sebuah unit kondominium telah berjaya mengundang perbincangan hangat di platform media sosial tempatan, baru-baru ini.
Mana tidaknya, pemilik kediaman itu turut melekatkan sehelai kain putih kecil bersama tulisan berwarna merah dipercayai di dalam bahasa Thailand dengan beberapa tompok dikatakan menyerupai kesan darah.
Dalam gambar berkenaan, terdapat juga dua keping nota ditulis di dalam bahasa Inggeris sebagai amaran daripada pemilik kepada pihak tidak bertanggungjawab yang telah bertindak mencuri barangnya.
Surat amaran berkenaan rupa-rupanya ditulis oleh pemilik unit kondominium yang merasa sangat bengang ekoran barangan atau bungkusan dihantar ke dalam peti surat kepunyaannya sering dicuri.
“Kepada sesiapa yang mengambil bungkusan daripada peti surat ini, sila pulangkan dengan segera. Saya tidak kisah atau merasa keberatan jika anda sudah membuka bungkusan tersebut. Tetapi tolonglah pulangkan.
“Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, saya akan menghantar ‘kawan’ (santau) kepada anda! Sila periksa alat kelamin anda pada setiap hari. Anda semestinya akan menerima karma,” tulis nota tersebut.
Gambar nota berkenaan kemudian dikongsikan di laman media sosial melalui platform Thread tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai indentiti penulisnya mahupun lokasi kondominum tersebut.
Susulan penularan nota amaran tersebut, salah seorang pengguna tampil membantu menterjemahkan tulisan di dalam bahasa Thailand tersebut dengan menggunakan platform teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menurut terjemahan daripada platform ChatGPT, tulisan di dalam nota tersebut memberi makna, ‘Mulai sekarang, kita akan mati bersama’ yang menimbulkan perasaan seram di kalangan pembaca.

Individu yang memuat naik gambar tersebut mengakui bahawa kawasan sekitar peti surat di tempat tinggalnya itu sememangnya tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) membuatkan kejadian kecurian berleluasa.
Lebih mengecewakan, pihak pengurusan unit kediaman tersebut juga seakan-akan hanya berpeluk tubuh dengan tidak mengambil tindakan mengatasi masalah kecurian walaupun penduduk sudah membuat banyak aduan.
“Bangun pagi, nampak mesej gambar ini dekat kumpulan sembang unit kondominium ini dekat platform Telegram. Dasyat weii sampai pakai Santau Siam. Tiga tompok titik itu betul kesan darah atau dakwat sahaja?.
“Apakah makna tulisan bahasa Thailand di dalam kain itu? Mungkin ada sesiapa yang tahu? Bolehkah tolong berikan penjelasan kepada saya. Tak rasa simpatilah dekat penuri bungkusan itu (kalau kena Santau).
“Sebabnya, mereka hampir setiap hari mencuri makanan dan bungkusan orang punya. Kalau orang bodoh munkin akan berpeluk tubuh sahaja.” Kata pemilik akaun Thread yang memuat naik video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna TikTok bersetuju dengan tindakan pemilik unit kediaman tersebut meskipun gertakan untuk menyantau mungkin hanyalah sekadar berseloroh.
Hal ini kerana kejadian kecurian akan semakin menjadi-jadi sekiranya dibiarkan tanpa sebarang teguran ataupun gertakan daripada pemilik dan tindakan tersebut boleh menjadi iktibar kepada orang lain.
Baca juga: Warganet setuju ‘Bidaah’ drama Melayu pertama dapat perhatian rakyat Indonesia