Gertak dibebaskan daripada pertuduhan perhimpunan haram

Gertak dibebaskan daripada pertuduhan perhimpunan haram

Hazimun Rahman Mohamad yang dituduh menjadi penganjur perhimpunan haram bersama peguamnya Muhammad Faiz Fadzil

Mahkamah Majistret Sepang hari ini Tuan A. Akhiruddin Acho melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) penggerak Gerakan Turun Harga Minyak (GERTAK) saudara Hazimun Rahman Mohamad.

Beliau dituduh menjadi penganjur perhimpunan haram yang diadakan pada 15 September 2017 jam 4.30 petang di Simpang Empat Dengkil Selangor.

Menurut peguam beliau Muhammad Faiz Fadzil, atas representasi yang ditulis, pihak Jabatan Peguam Negara telah bersetuju untuk melepaskan tanpa membebaskan Hazimun.

Antara intipati representasi adalah bahawa perhimpunan yang diadakan adalah dalam ruang lingkup hak beperlembagaan dan ia satu tuntutan untuk kepentingan rakyat.

Bagi Hazimun pula beliau melahirkan rasa bersyukur di atas keputusan ini dan merasakan perjuangan rakyat menuntut penurunan harga minyak tidak sia-sia dengan langkah terbaru kerajaan yang memberikan subsidi bagi menurunkan harga minyak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aziatul Afrizan Alias manakala pembelaan diwakili Muhammad Faiz Fadzil dan Mohd Faizal Abdullah.