Malaysia Dateline

Gesa pihak bertanggungjawab segera baiki keretakan jejantas di depan HRPB

Kerajaan negeri menggesa pihak yang bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Jalan Raja Ashman Shah, di sini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku demi keselamatan orang awam.

“Jalan berkenaan adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan telah diambil maklum pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

–BERNAMA