Malaysia Dateline

Gesaan Hassan Karim tidak selari dengan hasrat rakyat, kata Timbalan Speaker Dun Johor

Gesaan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berundur segera dilihat tidak selari dengan hasrat majoriti rakyat negara ini yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat DatukĀ  Mohd Rashid Hasnon berkata, gesaan dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim semalam, mencemarkan hbungan setia kawan gabungan parti dalam PH.

“Gesaan berundur dengan mendakwa kepimpinan longlai serta mudah di serang isu sensitif muktahir ini adalah memperlihatkan situasi politik tidak stabil di kalangan Gabungan Parti Pakatan Harapan.

“Ini sekaligus mencemar hubungan setiakawan sejak awal gabungan ini dibina hinggalah membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan.

“Kita juga harus sedar Winston Churchill meletakkan jawatan atas faktor kesihatan fizikal dan mental beliau yang semakin buruk,” ujarnya.

Hassan Karim

Mohd Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, bukan usaha yang mudah untuk mengikat kekuatan dua tokoh politik hebat negara Tun Dr Mahathir Muhammad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya membawa kepada kemenangan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah sejak kemerdekaan.

“Janganlah bertindak gelojoh hingga memberi gambaran salah, berlaku persaingan buruk di kalangan Gabungan Parti Pakatan Harapan.

“Majoriti Rakyat yang memberi mandat dan kepercayaan tinggi kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan negara dan jaminan masa depan rakyat Malaysia sebagai keutamaan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kepada gabungan parti dalam PH mengenai perjanjiang PH dalam perkara ke-7.

“..Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan bersama.”

Katanya lagi, itu adalah kunci setiakawan di Kalangan Parti Gabungan Pakatan Harapan.

“Janganlah kita lupa tentang asas kebersamaan dan janganlah jadi perosak kepada hubungan setiakawan ini. Kita harus memberi sokongan penuh kepada pimpinan yang sedang meneraju negara dengan penuh kebijaksanaan.

“Kita harus muafakat menyokong kepimpinan negara mengharungi pelbagai cabaran kini.

“Inshallah kita doa agar YAB Tun Mahathir Mohammad sentiasa sihat untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik dan seterusnya kemudi diserahkan kepada PM ke 8 seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

Semalam Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dalam kenyataannya menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad berundur dan menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dakwanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu gagal menangani banyak isu dan terkini bantahan Dong Zong dalam pelaksanaan tulisan khat.

Hassan dipetik berkata, dengan munculnya isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, sudah sampai masanya proses peralihan kuasa dilaksanakan segera sekarang ini sekiranya kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.

Justeru Mohd Rashid berkata, Rakyat memilih Pakatan Harapan dengan kefahaman yang jelas tentang persefahaman Dan persetujuan bersama di antara PKR, DAP,AMANAH dan Bersatu.

Katanya gabungan parti itu telah bersetuju untuk bersama mempertahankan peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957 dan 1963 terutamanya berkaitan Agama Persekutuan, Bahasa Rasmi, kedudukan Raja Dan Malayu serta agenda reformasi di dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

“Lebih daripada itu, proses pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim diutamakan serta menetapkan beliau sebagai Perdana Menteri ke 8 turut telah dimeterai bersama pada suatu masa yang sesuai di mana Tun Mahathir di beri masa yang cukup untuk memastikan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan berada dalam keadaan yang cukup stabil sebelum peralihan kuasa mengambil tempat,” ujarnya.