Gesaan kemukakan kertas siasatan SRC dan RM2.6bilion ke Parlimen

Gesaan kemukakan kertas siasatan SRC dan RM2.6bilion ke Parlimen

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengemukakan semula kertas siasatan kes membabitkan SRC dan dana RM2.6bilion di Parlimen pada 7 Mac depan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membuat gesaan ini kerana dakwanya laporan berlaku percanggahan keputusan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas sisasatan dan mengarahkan kes itu ditutup oleh SPRM tetapi sebaliknya arahan Panel Penasihat Operasi (PPO) pula mengarahkan SPRM meneruskan semula siasatan.

“Penyelesaian yang perlu dilakukan ialah keberanian menunjukkan integriti yang tinggi yang mungkin tidak pernah dibuat orang.

“Saya sarankan jika benar dakwaan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas siasatan dan arahan kes ditutup, saya cabar PM dan Peguam Negara membentangkaan kedua-dua kertas siasatan itu ke sidang parlimen yang akan bermula pada 7 Mac ini untuk dijadikan dokumen awam.

“Tiada undang undang yang menghalang untuk PM dan Peguam Negara untuk berbuat demikian,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Datuk Mahfuz Omar Mahfuz berkata rakyat dan masyarakat antarabangsa sedang menyaksikan kekalutan Malaysia berdepan dengan isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Katanya, kekalutan itu timbul kembali selepas Peguam Negara menyatakan tiada bukti daripada kertas siasatan SPRM atas isu RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta untuk mendakwa Najib ke mahkamah sedangkan Pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang RM2.6 bilion bukan daripada penderma Arab sebaliknya daripada saluran 1MDB.

“Kekalutan ini makin hangat apabila PPO mengarahkan SPRM menerus siasatan ke atas kes RM2.6 bilion dan mengemukan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara. Ini menjadikan dua institusi bercanggah antara satu sama lain.

“Siapa yang betul, siapa yang berbohong dan siapa yang kelentong?,” soalnya.

Malah tegasnya lagi, keadaan berlaku ini akan memberi kesan melebarnya krisis kepercayaan pelabur terhadap Malaysia dan akan memburukkandan memperlahan pertumbuhan ekonomi.

“Arahan PPO supaya SPRM meneruskan siasatan kes RM2.6 bilion dan mengangkat semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta seperti undi atau pernyataan tidak percaya terhadap Peguam Negara.

“Ini seolah-olah menunjukan kertas siasatan kes SRC RM42 juta sebelum ini sudah pun mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib. Persoalannya, kenapa Peguam Negara menyatakan tiada kes dan mengarahkan SPRM menutup kes?, ujarnya.

TAGS