Gesaan Motac ambil tindakan tegas ke atas penganjur tatoo separuh bogel

Gesaan Motac ambil tindakan tegas ke atas penganjur tatoo separuh bogel

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) digesa untuk mengambil tindakan tegas dan mengantung permit penganjur Tatoo Malaysia Expo 2019, kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Mohamad Zamir Ghazali.

Beliau berkata Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan penganjuran pertandingan tatto yang memperagakan peserta separuh bogel di khalayak ramai bukan identiti negara ini.

“Pertandingan seumpama tidak mengambarkan identiti Malaysia dan sekalipun ia acara peringkat antarabangsa.

“Program sedemikian merupakan satu tamparan buat Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan kesopanan dan kesusilaan sebagai rukun utama negara,” ujarnya dalam kenyataan.

Katanya lagi pihak penganjur seharusnya lebih lebih peka, terhadap sensitiviti masyarakat terutamanya orang Melayu.

“Pemuda Amanah Terengganu turut menggesa sebarang penganjuran program seumpama ini tidak berlaku lagi tidak kira sama ada ia dijalankan secara tertutup apatah lagi secara terbuka,” ujarnya.

Hari ini Menteri di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dipetik berkata, beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tersebut.

Kata Mohammadin apa yang ditontonkan kepada khalayak negara ini, tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.