Getah peti ais dah longgar sebab kerap buka pintu? Ini cara nak tukar sendiri, jimat duit!

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau sudah guna bertahun ditambah pula jenis yang kerap buka pintu peti ais, mesti perasan getahnya akan menjadi longgar.

Bila getah sudah longgar maka sukarlah nak tutup pintu peti ais dan ini boleh menyebabkan bil eletrik naik mendadak.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook Khairul Hafiz menerusi Sinar Plus tentang cara menukar getah pintu secara DIY (Do it Yourself).

Cara tukar getah pintu peti sejuk yang expired

Kadang-kadang upah untuk tukar getah ini boleh mencecah RM100, rupanya ada cara jimat dengan buat sendiri.

“Pintu peti sejuk tidak rapat sebab getahnya expired. Begini cara tukarnya dan buat sendiri jimat banyak tak perlu upah.

“Mari saya tunjukkan caranya satu demi satu,” kongsinya.

1. Pastikan getah peti ais betul-betul sudah tamat tempoh. Caranya senang, tengok sahaha keadaan ia, kalau tertanggal tu ‘konfirm’ expired.

2. Beli pintu getah di laman jualan atas talian, boleh ukur secara manual atau maklumkan kepada penjual jenis peti ais anda.

3.Cabut getah dengan caranya menanggalkan ia dari penjuru atas seperti di dalam gambar bawah.

4. Tarik sehinggai getah itu tercabut. Jangan risau kerana proses membaiki ini tidak memerlukan sebarang alatan.

5. Cara pasang getah yang baru pula, anda perlu tekan ia pada setiap penjuru terlebih dahulu.

6. Kemudian baru tekan pada lain-lain tempat untuk mengelakkan terlebih saiz getah.Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang untuk ditutup nanti.

Jimat duit dan tak perlu upah orang lagi. Selamat mencuba!

Baca juga: Ahli Parlimen kotorkan tangan cuci tandas awam, tak tahan kotor sangat