Tikus nampaknya menjadi mangsa apabila ‘dipersalahkan’ atas kehilangan hampir 600 kilogram (kg) ganja yang dirampas dan disimpan di sebuah gudang di daerah Bareilly, India.
Polis bandar Mathura, dalam negeri Uttar Pradesh, India, mendakwa sehingga 581 kilogram (kg) ganja musnah akibat dimakan tikus, lapor Agensi memetik laman berita Wion News.
Dakwaan itu muncul selepas sebuah mahkamah khas di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (1985) meminta jabatan polis Mathura menunjukkan ganja yang dirampas dalam satu kes didaftarkan di bawah akta tersebut.
Hakim daerah meminta Superintendan Kanan Polis Mathura, Abhishek Yadav untuk menghapuskan ancaman tikus dan menunjukkan bukti bahawa haiwan pemusnah itu memakan 581 kg ganja yang bernilai AS$73,474 (RM327,514).
“Pegawai di balai polis Shergarh dan Highway mendakwa bahawa ganja seberat 581 kg yang disimpan di dalam gudang musnah dimakan tikus.
“Polis telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi bahan tersebut yang disimpan di situ.
“Mahkamah telah mengarahkan polis mengemukakan bukti berkaitan dakwan itu dan menetapkan 26 November ini sebagai tarikh perbicaraan seterusnya,” kata pendakwa raya khas, Ranveer Singh.
Menerusi penjelasannya, polis Mathura memberitahu mahkamah, “Meskipun bersaiz kecil, tikus tidak takut kepada polis. Pegawai di balai polis tidak boleh menjadi pakar untuk menyelesaikan semua perkara.”
Dua tahun lalu, tiga lelaki ditahan pada Mei 2020 semasa cuba menyeludup ganja menggunakan sebuah lori, di mana ganja seberat 386 kg turut ditemui.
Walau bagaimanapun, ketika mahkamah memerintahkan polis menunjukkan bukti ganja yang ditemui dalam rampasan itu, pegawai memaklumkan bahawa bahan tersebut telah dimakan tikus.
Baca juga Abang Johari kunjungi Anwar: Hubungan PH dan GPS lebih akrab
Baca juga [VIDEO] Buat aksi ‘superman’ atas motor, makcik ini bukan biasa-biasa