Ghairah cuba bersuara sejak hilang kuasa, tapi mana suara Najib ketika bekas CEO Sapura dibayar RM983 juta?

Oleh ARIF ATAN

Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat, Dato’ Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat.

Terbaru, dia mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan campur tangan dengan mengarahkan institusi milik rakyat seperti Petronas, Khazanah atau Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad (“Sapura”) yang berdepan masalah kewangan.

Apabila saya bersuara bahawa sebarang usaha untuk menyelesaikan kemelut kewangan Sapura tidak boleh melibatkan wang rakyat, seperti biasa Najib menimbulkan isu kerugian wang rakyat (melalui pegangan PNB di dalam Sapura), kehilangan kerja, kerugian vendor dan pinjaman bank kepada Sapura.

Baca Artikel Penuh