Malaysia Dateline

Gig ekonomi di kalangan anak muda dan peranan kerajaan Tebuk Atap

1. Saya pernah suarakan isu anak muda ini dalam perbahasan saya di Parlimen masa bahas bajet Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT di peringkat jawatankuasa.

2. Antara lain, saya kata anak muda-generasi Z-ini lebih selesa bekerja secara “freelance” yang tidak begitu terikat dengan protokol masa seperti bekerja ikut waktu pejabat. Sebab itu mereka ini tergolong dalam pekerja di sektor ekonomi gig.

3. Saya juga kata cabaran besar sektor ekonomi gig adalah ketiadaan “social safety net” seperti KWSP, Sosco atau insuran pekerja. Justeru,dalam bahasa mudah, masa depan mereka agak tidak menentu.

4. Dan kini dengan wabak pandemik Covid, keadaan mereka bertambah parah. Justeru, saya harap daripada sibuk “membeli kesetiaan” lebih baik Gomen Tebuk Atap ini cuba cari jalan membantu para anak muda ini keluar dari penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan!!!