Malaysia Dateline

Gila ke apa ini! kata netizen mengulas desakan BN agar PRU diadakan tahun ini walaupun banjir

“Gila ke apa.” Itulah reaksi rakyat apabila Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sanggup redah banjir jika pilihan raya diadakan tahun ini.

Bagi mereka, BN terlalu gilakan kuasa manakala kluster mahkamah khasnya Zahid sendiri terlalu takut untuk menunggu pilihan raya diadakan tahun depan apabila ancaman musim banjir selesai.

Zahid ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN di Stadium Titiwangsa semalam berkata, beliau sanggup redah banjir untuk hadapi pilihan raya.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.

“Jangan bincang sahaja…kena cepat jangan tunggu lama-lama kerana penghasut sedang bekerja keras…PRU15 tidak boleh ditunggu-tunggu lagi,” katanya yang dipercayai menekan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub agar diadakan pilihan raya segera. Ismail kelihatan serba tidak kena dalam majlis itu.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa, di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi peringatan sekiranya PRU15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.

Ahmad Zahid berkata, penetapan masa yang sesuai adalah penting bagi memenangi PRU-15 dan ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penghasut di luar sana melemahkan parti dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Mohd Salleh Ahmad ketika mengulas desakan Zahid agar diadakan pilihan raya hatta di musim banjir ini berkata dengan tiga perkataan sahaja tetapi sangat menyekit, “Gila ke apa.”

“Klu ada org yg masih nak undi BN lagi… tak taulah,” kata Amir Sulaiman mengulas gesaan Pengerusi BN ini sebagaimana disiarkan oleh Malaysiakini. Lebih 5,200 komen dibuat oleh orang ramai terhadap berita ini yang kebanyakannya mengutuk BN khasnya Zahid sendiri.

Mahyudin Amin pula mempertikaikan gesaan Zahid ini kerana sekolah yang hendak dijadikan pusat pengundian ini juga akan digunakan untuk pusat perpindahan sementara banjir.

“Klo dah musim tengkujuh, sekolah jadi pusat pemindahan banjir, fikirlah sikit,” tulis beliau.

Saiden Zakaria pula mengingatkan Zahid bahawa beliau sedang menunggu keputusan perbicaraannya, “Hang tgu nak pi Sg Buluh atau Kajang, sedaq la diri tu.” yang dipercayai merujuk kepada Penjara Sungai Buluh dan Penjara Kajang.

Zahid akan mengetahui sama ada beliau akan dipanggil untuk membela diri atau tidak pada 23 September ini nanti.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa terhadap Zahid yang berhadapan dengan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk lanjutan kontrak sistem visa asing (VLN).

Jika didapati bersalah, besar kemungkinan beliau tidak akan boleh bertanding pilihan raya lagi.

Sikap Zahid turut mengheret Pas yang dilihat terhegeh-hegeh mahu bersama Umno walaupun pemimpinnya terpalit dengan rasuah.

Oleh itu, Amar Salehuddin menulis dengan menyindir parti itu, “Pas pun sanggup meredah banjir untuk PRU ni…Undilah Pas.”