Malaysia Dateline

Giliran Guan Eng menghadap Agong

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di Istana Negara dengan menaiki kereta Vellfire putih jam 1.55 tengah hari tadi.

Turut kelihatan dalam kenderaan itu ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Difahamkan, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan hanya mengiringi Guan Eng.

Sementara itu, jam 3 nanti, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu pula dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pagi tadi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Seri Paduka.

Mereka keluar dari pekarangan Istana Negara masing-masing pada jam 8.56 dan 11.54 pagi tadi.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Istana Negara hari ini memaklumkan baginda berkenan menerima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata pihak Istana Negara lagi.

LANJUT MENYUSUL