Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Giliran Tajuddin pula tidak puas hati agihan Kabinet untuk Umno

Giliran Tajuddin pula tidak puas hati agihan Kabinet untuk Umno

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 12, 2020 8:43 pm




Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menganggap pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘orang nombor dua negara’ merupakan langkah meneruskan agenda kelangsungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau melihat pelantikan itu satu isyarat yang tidak bagus dan UMNO tidak selesa mengenai perkara tersebut.

“Kita sebagai parti politik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri, kita tidak mahu keterbelakang dan akan menjadi sebuah parti yang kecil.

“Parti yang tidak berperanan. Kita masuk politik sebab kita nak berperanan untuk bantu rakyat berkhidmat kepada rakyat.

“Sebab itu kami mahu jadi kerajaan,” lapor Sinar Harian.

Tajuddin berkata demikian ketika ditemui media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

Berhubung perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat MT Umno itu, beliau berkata, beliau menyuarakan pandangan mengenai agihan jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada UMNO.

Menurutnya, jawatan dalam Kabinet diterima pemimpin Umno tidak boleh membantu rakyat malah menjejaskan kedudukan parti itu.

“Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dia orang pegang. Luar bandar (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) dia orang pegang.

“Macam pertahanan (Kementerian Pertahanan), jaga keselamatan sajalah (dipegang Umno). Apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung, petani, nelayan dan sebagainya?

“Jadi, tidak ada keseimbangan dari segi portfolio yang diberikan kepada Umno, ini menjejaskan kedudukan Umno dalam politik negara,” katanya.

Ketika ditanya reaksi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai hal yang disuarakan itu, Tajuddin berkata, presiden parti dan ahli MT lain hanya berdiam.

Bagaimanapun Tajuddin yakin Ahmad Zahid mengambil maklum apa yang beliau perkatakan.

“Bersatu walaupun kita sudah jadi kerajaan tapi Bersatu bukan parti kita. Sekarang kita bekerjasama dalam satu kerajaan yang dibentuk.

“Dalam politik kita masih lagi merupakan pesaing kepada dia. Umno itu Bersatu dan Bersatu itu Umno. Jadi, ini melibatkan kepentingan politik antara dua parti ini dan mungkin juga berbeza.

“Bersatu nak kuatkan parti mereka dan ada agenda mereka sendiri, jadi Umno kena ada agenda sendiri. Kalau tidak kukuhkan parti kita, datang PRU kita mungkin akan kalah,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat kini menyokong Muafakat Nasional dengan harapan Umno dan Pas bersama-sama memperjuangkan kepentingan Melayu serta Islam.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production