Malaysia Dateline

“Gitu je maruah negara kena pijak”, lihat bagaimana filem India pamer babak rasuah siap sebut nama Malaysia

Amat mengejutkan apabila sebuah filem Tamil dari negara India, mempamerkan babak rasuah yang terselit nama Malaysia di dalamnya.

Dalam filem berjudul Kaduva itu, salah seorang pelakon ada menyatakan bahawa syarikat dari Malaysia menawarkan rasuah untuk mengimport minyak sawit.

Walaupun hanya sekali sahaja nama Malaysia disebut dalam babak berkenaan, tetapi ia menunjukkan realiti sebenar rasuah membabitkan ahli-ahli politik di negara kita.

Lebih-lebih lagi pada tahun lalu, media luar negara pernah melaporkan bahawa pemimpin dari parti yang terlibat dengan skandal korupsi terbesar di Malaysia akan kembali semula menguasai negara.

Baca di sini: Bukan sahaja media Indonesia, dunia turut lapor kerajaan korup akan naik semula

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Mohd Arif Juhani, ada berkongsikan babak filem Kaduva itu yang menunjukkan bagaimana nama Malaysia terselit dalam babak rasuah.

Company dari Malaysia juga yang diletak dalam dialog pasal rasuah. Gitu je maruah negara kena pijak,” ciapnya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang lain turut menunjukkan adegan dalam permainan video ‘Uncharted 4: A Thief’s End’ di mana salah satu watak menjelaskan bagaimana Imigresen Malaysia disogok bagi mendapatkan permit.

Ciapan Arif Juhani itu kemudian menarik perhatian ramai dengan rata-rata mula berkongsikan contoh filem negara lain yang menjadikan Malaysia sebagai rujukan aktiviti rasuah.

Malah, ada juga meluahkan rasa kecewa dan malu apabila negara dikenali dengan budaya rasuah yang sepatutnya tidak harus begitu.

Baca juga: ‘Stesen berikutnya… Sungai Buloh’, orang ramai tidak sabar lihat kesudahan Bossku

Baca juga: Terkejut kena bayar RM10 untuk 4 roti kosong, pembeli naik bingung tengok roti canai makin mahal