Politik dan ekonomi tidak menentu GKCM hantar surat kepada Majllis Raja-Raja

Politik dan ekonomi tidak menentu GKCM hantar surat kepada Majllis Raja-Raja

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ekoran isu politik dan ekonomi yang tidak menentukan hari ini Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengutuskan surat kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk menyatakan kebimbangan ahli parti dan rakyat terhadap perkembangan terkini yang berlaku di negara ini.

Tiga wakil GKCM terdiri daripada AJK Pusat, Mohd Isa Yasin serta dua Naib Presidennya Mohd Solihin Badri dan Rushdan Mohamed, telah menyerahkan surat berkenaan di pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja Melayu hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran kandungan surat berkenaan, kenyataan menyebut rakyat hari ini hidup dalam kebimbangan dan ketakutan terhadap situasi ekonomi dan politik yang penuh dengan kekalutan.

“GKCM amat prihatin terhadap kebajikan rakyat yang kini dihimpit pelbagai masalah.

“ Justeru kami telah mengambil langkah untuk menyatakan ‘sesuatu’ kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Kandungannya padat.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan isi kandungan surat tersebut kepada umum kerana ia merupakan isi hati rakyat kepada Raja Raja yang kami taat dan junjung.

“Semoga surat ini akan dapat diterima baik oleh Duli Duli yang Maha Mulia Raja Raja Melayu berserta tindakan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” ujar kenyataan rasmi itu.

 

TAGS