GKCM mahu Lembaga Disiplin pecat  ketua kumpulan dan jurucakap Umno Kedah

GKCM mahu Lembaga Disiplin pecat ketua kumpulan dan jurucakap Umno Kedah

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) sekali lagi mengulangi desakan untuk Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan ke atas 14 Ketua-ketua Bahagian termasuk memecat  ketua kumpulan dan jurucakap Umno Kedah yang mengunakan media untuk menolak kepimpinan Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) sekali lagi mengulangi desakan untuk Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan ke atas 14 Ketua-ketua Bahagian termasuk memecat ketua kumpulan dan jurucakap Umno Kedah yang mengunakan media untuk menolak kepimpinan Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Walaupun semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan tidak perlu tindakan tatatertib dikenakan ke atas ketua bahagian, desakan ini diulangi GKCM kerana jelas terbukti ia melanggari fasal perlembagaan parti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohamad Zin Mustafa berkata, apabila sembilan Ketua Cawangan Teluk Kemang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana dituduh melanggar etika parti, sepatutnya  ha yangl sama turut  dilakukan  ke atas Ketua-ketua  Bahagian Umno Kedah kerana mereka menyatakan hilang keyakinan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“CGKM mahu melihat ketua kumpulan dan jurucakap mereka dipecat kerana mengkritik Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Besar,” tegasnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru CGKM memohon perhatian Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudden agar prihatin terhadap desakan yang dibuat oleh CGKM supaya lembaga itu meneliti semula krisis yang berlaku antara Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri Besar.

“Pada 20 Disember lalu sembilan Ketua Cawangan Teluk Kemang menyatakan hilang keyakinan terhadap Presiden, tetapi pada 20 Januari 2016 pula Ketua Bahagian menyatakan hilang keyakinan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri  dan Menteri Besar pula.

“Kami dikenakan tindakan atas Fasal20.8 (B,C dan F) perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan perkara 3.1.2, 3.1.4, 3.1.6 dan perkara 5.3 (penerbitan dan penggunaan media massa elektronik) di bawah tata etika ahli Umno.

“Sepatutnya mereka juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengunakan media dan bagaimana pula Ketua-Ketua bahagian tidak boleh dikenakan sebarang tindakan kerana menolak kepimpinan Mukhriz?,”Soalnya.

Pada Rabu lalu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan 14 Bahagian Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan  Mukhriz  sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri.

Pada Khamis CGKM telah menghantar memorandum kepada Setiausaha Agung Umno untuk  mendesak parti itu melalui Lembaga Disiplin  diambil tindakan  sebaliknya hari sama, Datuk Tengku Adnan mengatakan tiada keperluan untuk tindakan tata tertib dikenakan kepada Ketua-ketua Bahagian.

Sekali lagi petang semalam CGKM mengulangi desakan mereka dengan menghantar surat desakan kepada PengerusiLembaga Disiplin Umno Datuk Tengku Ahmad Rithauddeen.

TAGS