Malaysia Dateline

Glasier Himalaya pecah, 150 maut dikhuatiri maut

Sebahagian glasier di Himalaya pecah dan merempuh ke sungai mengakibatkan gelombang besar dan menjejaskan kekuatan empangan.

Glasier yang pecah itu mencetuskan runtuhan salji dan banjir, sekali gus menyebabkan paras air sungai berdekatannya meningkat.

Aliran air yang laju dan kuat merempuh jambatan dan jalan raya di daerah Chamoli di wilayah Uttarakhand, di bahagian utara India.

Dilaporkan kira-kira 150 pekerja di loji jana kuasa dikhuatiri terperangkap dan maut tetapi pihak keselamatan belum memberi pengesahan.

Lapor AFP, agensi penyelamat memindahkan penduduk kampung dan cuba memasuki terowong yang terkambus kerana ada pekerja di dalamnya.