Gobind harap Deepavali cerahkan semangat kenegaraan

Gobind harap Deepavali cerahkan semangat kenegaraan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berharap sambutan perayaan Deepavali hari ini akan mencerahkan lagi perasaan dan semangat kenegaraan rakyat khususnya dalam era kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Dalam ucapan menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan itu.

“Marilah kita semua bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Deepavali dengan penuh meriah bersama keluarga dan kawan-kawan kita…Selamat Hari Deepavali..Happy Deepavali,” katanya dalam video berdurasi 36 saat itu.

Tonton disini:

COMMENTS

Wordpress (1)