Malaysia Dateline

Goldman Sachs tawar 5 kali ganda ditolak, Riza Aziz tawar 1/3 diterima

Tindakan kerajaan menolak tawaran syarikat pengurusan kewangan Amerika, Goldman Sachs yang menawarkan lima kali ganda (5 x) jumlah fi yang diambilnya, tetapi dalam masa yang sama menerima tawaran satu per tiga (1/3) dari yang diambil Riza Aziz memeranjatkan banyak pihak.

Bagi Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, beliau pelik dan terperanjat dengan tindakan kerajaan yang berbeza-beza itu.

KHALID ABD SAMAD

“Goldman Sachs tawar 5 kali ganda jumlah fi yang diambilnnya iaitu USD3 bilion untuk fi USD 600 juta, tetapi dikatakan tak cukup.

“Reza Aziz bayar hanya 1/3 dari yang digunanya dikatakan OK!” tulis Khalid, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam twitternya.

Bagi beliau, kerajaan harus meneruskan samannya terhadap kedua-dua pihakd an menolak tawaran mereka.

“Setuju teruskan dakwaan terhadap Goldman Sachs. Setuju tuntut 5 kali ganda dari Reza Aziz,” tulis beliau.

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak,   Riza Shahril Aziz yang dituduh dengan lima pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), dilepaskan oleh Hakim Azman Ahmad.

Beliau dibebaskan melalui proses tawar menawar di mana mahkamah membenarkan pelucutan hak dari Reza hampir RM600,000.

Ia adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai oleh Riza dengan pihak pendakwaan bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 4 November, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, yang berada di Bangkok sempena Sidang Puncak ASEAN ke-35, berkata Kuala Lumpur menolak tawaran Goldman Sachs sebelum ini yang dianggap terlalu rendah.

“Mereka telah menyebabkan kita kehilangan kira-kira AS$7 bilion (S$9.5 bilion).

“Mereka mungkin tidak mahu membayar jumlah itu. Tawaran (pampasan) mereka terlalu rendah, kerana itu kita tidak menerima tawaran mereka,” katanya kepada para pemberita Malaysia ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Media melaporkan Goldman menawarkan USD3 bilion untuk fi USD600,000 yang mereka ambil dari skandal 1MDB bagi membolehkan perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.

Ekoran tawaran Goldman Sachs itu, pembangkang ketika itu juga tidak bersetuju.