Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22

Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22

Dua pemain golf Malaysia, Gavin Kyle Green dan Ben Leong gagal mengekalkan prestasi cemerlang sebelum ini selepas jatuh tujuh tangga dan menamatkan kempen mereka pada Golf Piala Dunia 2018 di Melbourne, Australia, pada Ahad di tempat ke-22.

Mereka menamatkan permainan dalam pusingan akhir ‘foursomes’ hari ini dengan 74 pukulan menjadikan keputusan keseluruhan empat hari, enam bawah par 282 dalam kejohanan yang diadakan di Metropolitan Golf Club di South Oakleigh.

Menurut laman web kejohanan; www.worldcupofgolf.com, kedudukan tersebut membolehkan pasangan Malaysia itu membawa pulang US $58,000 (RM243,281).

Keputusan itu juga mengulangi prestasi pasangan Danny Chia dan Nicholas Fung yang menduduki kedudukan yang sama pada edisi 2006 yang juga berlangsung di tempat yang sama.

Pendahulu keseluruhan, Thomas Pieters dan Thomas Detry berjaya memenangi gelaran pertama untuk Belgium dengan meninggalkan pencabar terdekat mereka??????, Marc Leishman dan Cameron Smith dari Australia dengan kelebihan tiga pukulan.

Pieters dan Detry mencatat 68 pukulan pada hari ini untuk jumlah keseluruhan 23 bawah par 265 dan merangkul hadiah kemenangan bernilai AS $2.240 juta (RM9.395 juta).

 

PENDAHULU PUSINGAN FOUR SCORES:

Loading...

265 – Thomas Pieters / Thomas Detry (BEL) 63-71-63-68

268 – Marc Leishman / Cameron Smith (AUS) 62-76-65-65, Abraham Ancer / Roberto Diaz (MEX) 67-70-65-66

271 – Thorbjorn Olesen / Soren Kjeldsen (DEN) 63-77-66-65, Adam Hadwin / Nick A Taylor (CAN) 68-73-64-66

… ..

GAVIN KYLE GREEN / BEN LEONG (MAS) 63-73-72-74

 

— BERNAMA