Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Golongan B40 wajar diberi peluang miliki rumah kos rendah

Golongan B40 wajar diberi peluang miliki rumah kos rendah

AKMAL MANAFJune 14, 2019 10:56 am




Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agar lebih banyak Rumah Peduli dibina di negeri lain.

Beliau berkata, golongan masyarakat yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, mesti diberi peluang untuk memiliki rumah sebagai tempat berteduh.

Namun, katanya Selangor sudah mempunyai rumah mampu milik seperti Rumah Peduli yang dinamakan sebagai Rumah Selangorku.

“Rumah itu telah dilancarkan sejak 2014 dan disasarkan untuk golongan berpendapatan bawah daripada RM5,000.

“Rumah berkenaan dijual kepada golongan yang layak, dengan harga yang diletakkan serendah RM42,000 bagi seunit rumah.

“Dalam tempoh 5 tahun akan datang ini, kami sememangnya mempunyai sasaran untuk menambah bilangan rumah sebanyak 30,000 unit lagi,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Isnin lalu, Dr Mahathir dalam ucapan Majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka berkata, beliau mahu negeri lain mencontohi langkah tepat kerajaan negeri itu.

Perdana Menteri memuji inisiatif yang diambil kerajaan negeri dalam membina Rumah Peduli pada harga rendah, khusus untuk rakyat termiskin dan juga golongan berpendapatan rendah.

Dr Mahathir menambah, beliau kagum dengan usaha dilaksanakan kerajaan negeri itu, dalam usaha membantu rakyat mempunyai tanah untuk memiliki rumah mereka sendiri.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production